skip to main | skip to sidebar
Pelita Hati

Kami Guru


Photo Cube Generator

Wednesday, 12 September 2012

Sahut cabaran reformasi pendidikan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


Sistem pendidikan negara bakal memasuki fasa baru apabila Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PPP 2013-2025) dilancarkan semalam. Ia berasaskan 11 anjakan utama bagi memastikan transformasi pendidikan bersifat futuristik dan jangka panjang bagi menyediakan modal insan cemerlang untuk meningkat daya saing menghadapi cabaran termasuk di arena antarabangsa.


Rancangan yang dilaksanakan sepanjang tempoh 13 tahun membabitkan tiga fasa (gelombang) dijangka menjadikan sistem pendidikan Malaysia setaraf di negara maju. Fasa pertama membabitkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan, apabila keperluan guru diberi penekanan serta pelajar diberikan tumpuan dalam pembangunan kemahiran asas. Fasa kedua pula memberi fokus rancangan pelaksanaan berasaskan perkembangan dan pencapaian semasa. Untuk gelombang ketiga pula, bermula 2020 hingga 2025, kuasa autonomi membabitkan pentadbiran sekolah akan diberikan. 
Kita yakin pelan pembangunan pendidikan ini begitu menyeluruh dengan memberi tumpuan kepada usaha melahirkan pelajar berkualiti bagi menghadapi cabaran masa depan. Sebagai modal insan yang bakal mencorakkan negara pada masa depan, pelajar hari ini harus memiliki pengetahuan luas, kemahiran berfikir, bakat kepemimpinan, kebolehan bertutur pelbagai bahasa, beretika dan memberi penekanan terhadap identiti kebangsaan. 
Kita yakin anjakan baru sistem pendidikan bakal meletakkan sekolah sebagai institusi berdaya saing peringkat global, sekali gus memberi nilai tambah kepada generasi masa depan. Pelbagai pihak yakin Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 akan mencapai matlamat selaras usaha meletakkan Malaysia negara maju pada 2020. 
Rakyat harus menyahut seruan Perdana Menteri untuk bersama menjayakan pelan ini dan berani untuk tidak mempolitikkan bidang pendidikan sebaliknya membuat keputusan demi masa depan anak yang lebih baik. Justeru, pelbagai pihak perlu bersama memberi sumbangan dan membantu menjayakan pelan pendidikan ini. Agenda pendidikan memerlukan keikhlasan bersama kerana pelaburan masa depan bakal menentukan kedudukan generasi Malaysia menjelang abad ke-21. Sehingga kini beberapa pakar pendidikan asing dan serantau memuji pelan pembangunan pendidikan.
Korea Selatan dan Singapura yang dianggap lebih maju sektor pendidikan mengalu-alukan pelan baru itu. Tentu nilai tambah kepada sistem pendidikan yang kita amalkan sejak 1957 bukan saja bakal menjadikan Malaysia hab pendidikan serantau, tetapi yang lebih penting mampu meningkatkan semangat perpaduan dan toleransi rakyat berbilang kaum.

Posted by Unknown at 14:37 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 5 September 2012

Umur Tiada Batasan



Umur 98 tahun mula belajar





Posted by Unknown at 16:04 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

UPSR uji kemahiran intelek murid



Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan pada 11 September ini, bukan saja mendebarkan 517,139 calonnya tetapi juga merisaukan ibu bapa. Ibu bapa yang prihatin dengan pendidikan anak, tentu bimbang jika anak mereka gagal melakukan yang terbaik dan mencatat keputusan 5A.
Mereka berusaha memastikan anak masing-masing menguasai pelajaran terutama ketika berada di Tahun Empat, Lima dan Enam. Mereka mendaftar anak ke kelas tuisyen swasta, menghantar anak ke kelas tambahan di sekolah, membeli beberapa buku latihan dan membawa menghadiri kelas motivasi atau persediaan peperiksaan. 
Walaupun Kementerian Pelajaran menamakan ujian, UPSR pada pandangan ibu bapa adalah peperiksaan perdana dan penting hingga mendorong mereka melakukan apa saja untuk membantu anak. Sesetengah mereka yang mempunyai anak sederhana atau lemah melahirkan rasa kecewa dengan cara sekolah membeza-bezakan calon mengikuti kelas berdasarkan tahap pencapaian akademik. 
Jika kanak-kanak ini tidak mencatat 5A atau 4A, ada potensi lain yang belum digilap kerana Falsafah Pendidikan Negara seharusnya juga membangunkan jasmani, emosi” dan rohani."
Kecewa kelaskan murid
Ada juga ibu bapa yang mengadu bahawa sekolah enggan menjual Buku Soalan Latihan UPSR Didik-BH kepada anaknya kerana calon berkenaan tidak berada dalam kumpulan murid harapan.
Zainal, seorang bapa dari Port Dickson, Negeri Sembilan terpaksa bergegas ke Seremban untuk mendapatkan set buku itu kerana sekolah anaknya hanya menempah cukup untuk murid kelas hadapan.
Seorang ibu dari Semenyih, Selangor pula bertanya kepada penulis sama ada anaknya layak mengikuti Klinik UPSR Didik-BH kerana anaknya berada di kelas pertengahan daripada hampir 10 kelas yang akan menduduki UPSR, Selasa depan. Anaknya tidak tersenarai untuk sebarang program persediaan dikendalikan sekolah. 
Tinjauan rambang di bandar atau luar bandar mendapati rata-rata sekolah meletakkan calon UPSR ini dalam kumpulan pandai, sederhana dan lemah. Pengasingan ini bertujuan memudahkan pengajaran oleh guru dengan memberi tumpuan mengikut tahap kecerdasan murid. Calon yang sudah cemerlang diberi pelbagai program penggayaan untuk memastikan mereka mendapat 5A dan seterusnya meningkatkan pencapaian sekolah.
Calon sederhana dibantu dengan bimbingan tambahan supaya mereka boleh mencapai tahap 5A dan membantu menaikkan lagi prestasi sekolah. Calon yang lemah pula dipastikan mereka menguasai kemahiran asas untuk mendapat Gred C dalam semua mata pelajaran dan tidak gagal hingga ‘mencacatkan’ graf pencapaian sekolah.
Tiada arahan kementerian
Temu bual penulis dengan guru besar cemerlang mendapati Kementerian Pelajaran tidak pernah mengeluarkan arahan atau pekeliling untuk mengasingkan murid mengikuti pencapaian akademik. Pengasingan itu dilakukan atas budi bicara sekolah.
Katanya, beliau faham dengan kehendak ibu bapa semuanya mahu anak mereka menjadi yang terbaik dengan mengumpamakan kanak-kanak itu seperti matahari.
“Kalau tidak dapat menjadi matahari, jadi bintang pun boleh,” katanya.
Ibu bapa perlu ingat bahawa UPSR hanya menguji kemahiran intelek. Jika kanak-kanak ini tidak mencatat 5A atau 4A, ada potensi lain yang belum digilap kerana Falsafah Pendidikan Negara seharusnya juga membangunkan jasmani, emosi dan rohani. 

Posted by Unknown at 09:46 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 28 August 2012

Isu PPSMI Berbunyi Lagi?

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, isu PPSMI menjadi hangat semula. Ini kerana ada beberapa pihak seperti Kumpulan Tindakan Ibu-Bapa bagi Pendidikan (PAGE) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mahu PPSMI mesti teruskan dan mahu pihak sekolah membuat pilihan meneruskan atau tidak dasar PPSMI di sekolah.

Ini kerana ada pihak beranggapan dengan pemansuhan dasar PPSMI akan menyebabkan pelajar-pelajar akan mundur dalam mengusai bahasa Inggeris. Namun secara realitinya, apabila dasar ini dilakukan, peningkatan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Malaysia semakin menurun prestasi pencapaiaanya. Dimana silapnya?
Niat kerajaan adalah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris tetapi yang menjadi mangsa bahasa Kebangsaan iu sendiri.

Oleh yang demikian, kerajaan melalui kementerian pelajaran telah memperkenalkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dasar ini wujud akibat kepincangan yang dikesan dalam pelaksanaan dasar PPSMI yang mengakibatkan penguasaan Bahasa Malaysia menjunan jatuh dan penguasaan Bahasa Inggeris tidak meningkat seperti yang diharapkan. Selain itu pengenalan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Menengah (KSSR/KSSM) yang telah beroperasi tahun lalu akan mengukuhkan lagi penguasaan kedua-dua bahasa penting tersebut. Penukaran semula pengajaran sains dan matematik ke bahasa melayu dalam KSSR/KSSM dapat membuka peluang luas kepada pelajar-pelajar dari pedalaman untuk menguasai matapelajaran tersebut. Disamping itu, pemantapan semula bahasa inggeris dalam KSSR/KSSM ini akan dapat menganti kekosongan yang ditinggalkan dalam mata pelajaran sains dan matematik yang mengunapakai bahasa Inggeris sebelum ini.

Diharap semua pihak berganding bahu melaksanakan dasar-dasar yang telah dibuat oleh kementerian pelajaran daripada berbahas dan berpolitik isu-isu yang menjadi kepentingan
Posted by Unknown at 02:23 3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Memperkasakan Pendidikan Islam


Hari ini dalam laporan berita, Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan kurikulum baru Pendidikan Islam dengan menerapkan Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) dalam subjek tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas dengan Bahagian Pendidikan Islam bagi memantapkan lagi mata pelajaran berkenaan. (Utusan Online)


Kurikulum baru Pendidikan Islam yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran ini amat perlu pada masa sekarang memandangkan pendidikan islam yang diajar disekolah-sekolah belum cukup mantap dan berkesan dalam membentuk sahsiah diri serta keperibadian diri para pelajar dalam mendalami agama islam yang sebenarnya.

Untuk memantapkan lagi pendidikan islam di sekolah-sekolah, ada lebih baiknya kurikulum tersebut perlulah diselaraskan dengan situasi pelajar pada masa sekarang. Kalau dilihat pelajar-pelajar pada masa sekarang, sahsiah dan keperibadian diri pelajar tidak mencerminkan apa yang dituntut dalam kurikulum pendidikan islam. Kita lihat sahaja gejala-gejala sosial yang melanda para pelajar-pelajar kita disekolah dan diluar sekolah. Pelajar-pelajar ini semuanya tahu dan faham apa yang diajar dalam islam tetapi hendak melaksanakan jati diri islam yang sebenar tidak ada dalam diri pelajar-pelajar. Ada pelajar-pelajar yang keputusan peperiksaan mereka sangat baik dalam pendidikan islam tetapi kelakuan dan perangai tidaklah mengikut markah yang diperoleh dalam peperiksaan. Oleh itu dimana silapnya perkara ini? Adakah ustaz&ustazah yang mengajar tidak cukup berkesan ataupun ia berpunca dari institusi kekeluargaan yang menjadi penyebabnya. Kita boleh menilai dan memikir dimana puncanya.

Oleh itu, Kementerian Pelajaran haruslah memantapkan kurikulum pendidikan islam dengan sebaik-baiknya supaya apabila kurikulum ini digunakan kelah, akan lahirlah pelajar yang mempunyai jati diri islam yang betul-betul melaksanakan syariat agama itu sendidri dari hanya pelajar itu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tetapi mempunyai keperibadian islam yang teruk sekali.

Apapun mindapendidik amat menyokong pemantapan kurikulum pendidikan islam yang bakal dilaksanakan kelak. Semoga kurikulum tersebut dapat menjadikan pelajar-pelajar kita lebih islamik dan maju kedepan tanpa meninggalkan syariat islam yang sebenar.

Posted by Unknown at 02:20 3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 27 August 2012

Murid Tahun Empat Diburu Kerana Curi Motosikal

APE NAK JADI NI?????

Di mana akidah anak - anak ini sehingga wujudnya pencemaran laku dengan mencuri motor dalam usia hanya 10 tahun?

Di rumah sudah tentulah peranan ibu bapa sebagai faktor utama dalam membentuk jati diri anak - anak ini. Namun guru juga tidak boleh lepas tangan dalam menyentuh peribadi murid dengan alasan selagi ianya tidak menggugat kecemerlangan dalam pelajaran. 

Di mana letaknya peranan seorang guru, yang juga sebagai ibu bapa kedua anak - anak ini dalam usaha membina sahsiah mereka????

Polis (kanan) bersama Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) berada di lokasi motosikal ditemui.
KULIM – Polis sedang memburu murid tahun empat dipercayai terlibat dalam kes kecurian motosikal seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di rumahnya di Taman Tungku Putra kira-kira jam 12.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, suspek dipercayai masuk ke dalam pagar rumah remaja lelaki itu untuk mengambil motosikal.
“Dia yang menyedari kejadian itu bagaimanapun gagal menahan suspek kerana sukar membuka pintu gerigi rumahnya.
“Setelah berjaya membuka pintu, dia cuba mengejar suspek bagaimanapun gagal berbuat demikian,” katanya.
Menurutnya, remaja lelaki terbabit kemudiannya berjumpa anggota trafik yang sedang menjalankan tugas rondaan dan meminta bantuan.
“Kira-kira jam 12.45 petang, kakitangan pos laju menemui motosikal curi itu disorok belakang pokok dalam taman permainan berhampiran sekolah agama.
“Daripada pemeriksaan nombor pendaftaran dibuat, polis mendapati motosikal itu dilaporkan hilang tengah malam, semalam.
“Suspek mungkin menunggang motosikal itu untuk pergi ke sekolah tetapi meletakkannya di taman permainan untuk mengelak daripada diketahui orang lain,” katanya.
Ghuzlan berkata, sehingga kini kes curi motosikal merupakan antara jenayah yang kerap berlaku di Kulim.
“Sebelum ini, polis menahan seorang pelajar berusia 16 tahun dari Kuala Ketil kerana mencuri motosikal di surau.
“Bagaimanapun polis berjaya menahan suspek di Taman Cengal ketika cuba melarikan motosikal itu ke Gurun untuk dijual,” katanya.
Posted by Unknown at 22:56 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Bahasa Inggeris bukan ukuran? Setujukah anda?

Bahasa Kita : BAHASA INGGERIS BUKAN UKURAN TAHAP KEMAJUAN






Indeks Kefasihan Berbahasa Inggeris yang diusahakan oleh sebuah syarikat pendidikan antarabangsa dari 2007 sehingga 2009 membabitkan dua juta responden dewasa di 44 negara yang bahasa Inggeris tidak menjadi bahasa negara, mendapati Malaysia menduduki tempat kesembilan dengan skor kefasihan tinggi.

Norway menduduki tempat pertama dengan skor kefasihan amat tinggi. Korea Selatan dan Jepun mendapat skor kefasihan sederhana, manakala China dan Russia memperoleh skor kefasihan rendah. Indonesia dan Thailand pula mencatatkan skor kefasihan amat rendah. Indeks ini menunjukkan pengetahuan dan penguasaan bahasa Inggeris kita di Malaysia, tidaklah berada pada tahap yang begitu jelik sehinggakan kita perlu, antaranya mengembalikan persekolahan aliran Inggeris, dalam usaha kita memperbaiki sistem pendidikan negara mulai 2013.

Persoalan kefasihan adalah subjektif

Sesungguhnya persoalan kefasihan berbahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia adalah subjektif. Ia berlandaskan pelbagai cara penilaian. Ada kelompok yang mendapati kefasihan kita kini adalah jauh daripada memuaskan. Ini diasaskan perbandingan kecekapan ketika bahasa Inggeris pernah menjadi bahasa pengantar utama.

Dalam hal ini, kita harus menyedari bahawa bahasa Inggeris kini hanya satu mata pelajaran. Oleh itu, kecekapan kita tidak setinggi tahapnya seperti dulu. Ia fenomena linguistik biasa akibat perubahan dasar pendidikan bahasa.

Namun begitu, penekanan mengenai pendidikannya adalah istimewa kerana ia bahasa global, yakni penting di seluruh dunia. Ini antaranya dilakukan melalui Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris.

Indeks ini boleh dikatakan agak tepat dengan petunjuknya. Hakikat bahawa tahap kefasihan kita yang didapati jauh lebih baik daripada yang diperlihatkan oleh masyarakat Korea Selatan, Jepun, China, Russia, Indonesia dan Thailand, boleh diterima dengan mudah sekali oleh umum, baik di dalam dan luar Malaysia.

Bagaimanapun, percubaan indeks ini untuk mengaitkan hubung kait di antara tahap kefasihan berbahasa Inggeris dengan pendapatan negara kasar yang terbabit, bukan saja tidak tepat. Malah ia boleh dianggap sebagai usaha untuk memperjuang agenda kekuasaan bahasa Inggeris untuk pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara itu.

Kesalahan ini dapat dilihat apabila pendapatan negara kasar Korea Selatan dan Jepun yang menduduki tempat 13 dan 14, dengan hanya tahap kefasihan sederhana, dibandingkan dengan yang dicatatkan oleh Malaysia yang mempunyai tahap kefasihan tinggi. Sehubungan ini, beberapa perbandingan lain ikut memperlihat hubung kait yang dicuba dilakukan itu salah. Adakah pendapatan negara kasar Poland, Portugal dan Perancis yang juga memperlihat tahap sederhana, lebih rendah daripada yang dicatatkan oleh Malaysia?

Sesungguhnya kemahiran bahasa Inggeris tidak boleh diambil kira, sama ada secara langsung mahupun sebaliknya, dalam hal ini. Sehubungan ini, banyak faktor lain yang lebih penting terbabit dalam penjanaan pendapatan negara kasar ini.

Pihak yang kemaruk dan taksub terhadap bahasa Inggeris ini akan selalu mencari pelbagai jalan bukan saja untuk memperkukuh bahasa Inggeris, tetapi kalau boleh untuk memartabatkannya semula di negara ini. Sehubungan ini, banyak usaha mereka ini didapati membelakangkan bahasa Melayu yang juga bahasa negara. Tindakan begini sudah tentu boleh disamakan dengan sikap tidak menghormati bahasa negara ini.

Antaranya adalah dengan mengadakan ruang khas dalam media misalnya untuk mempromosikan bahasa Inggeris, sama ada sebagai mata pelajaran penting mahupun bahasa global utama. Caranya sering kali boleh ditafsirkan sebagai gerakan halus untuk memperkecil peranan bahasa Melayu, khususnya sebagai alat kemajuan.

Bahasa Melayu lambang kedaulatan

Sehubungan ini, ke mana perginya semangat nasionalisme kita yang antaranya perlu selalu melindungi bahasa Melayu yang menjadi bahasa negara kita. Dalam konteks ini, bahasa Melayu bukan saja lambang kedaulatan kita, malah ia asas sejati kemerdekaan kita sebagai bangsa dan negara yang merdeka!

Untuk ini, bahasa Melayu perlu selalu dimanifestasikan dalam bentuk kuasa dan bukan saja lambang semata-mata. Dengan ini, kuasanya perlu direalisasikan dalam semua bidang dan sistem negara ini, baik politik, ekonomi ataupun sosial dan budaya.

Sumber : http : //www.bharian.com.my/
Posted by Unknown at 07:21 6 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Mutiara Hati

"Tiada pelita di dunia ini yang dapat menerangi kehidupan di dunia dan di akhirat kecuali pelita hati yang disinari cahaya keimanan"

Tentang Kami

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2012 (15)
    • ▼  September (3)
      • Sahut cabaran reformasi pendidikan
      • Umur Tiada Batasan
      • UPSR uji kemahiran intelek murid
    • ►  August (9)
    • ►  July (3)

Tarikh


Free Calendar Generator

Followers

Tahniah ! Anda Pelawat ke
Powered by Blogger.


PAUTAN

  • Bahagian Pendidikan Guru
  • Citcat Untuk Carian dan Terjemahan
  • IPG Kampus Bahasa Melayu
  • Kamus DBP
  • Kamus Dwi Bahasa
  • Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Khidmat Nasihat DBP
  • KSSR Online

Detikku...

UJI MINDA

Guru penyumbang sahsiah pelajar dan penggerak kemenjadian murid. Wahai guru, apakah peranan anda?
  • LAMAN UTAMA
  • MUAT TURUN
  • BAHASA KITA
  • GALERI FOTO & VIDEO
  • HUBUNGI KAMI
  • RUJUKAN