Tuesday, 28 August 2012

Isu PPSMI Berbunyi Lagi?

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, isu PPSMI menjadi hangat semula. Ini kerana ada beberapa pihak seperti Kumpulan Tindakan Ibu-Bapa bagi Pendidikan (PAGE) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mahu PPSMI mesti teruskan dan mahu pihak sekolah membuat pilihan meneruskan atau tidak dasar PPSMI di sekolah.

Ini kerana ada pihak beranggapan dengan pemansuhan dasar PPSMI akan menyebabkan pelajar-pelajar akan mundur dalam mengusai bahasa Inggeris. Namun secara realitinya, apabila dasar ini dilakukan, peningkatan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Malaysia semakin menurun prestasi pencapaiaanya. Dimana silapnya?
Niat kerajaan adalah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris tetapi yang menjadi mangsa bahasa Kebangsaan iu sendiri.

Oleh yang demikian, kerajaan melalui kementerian pelajaran telah memperkenalkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dasar ini wujud akibat kepincangan yang dikesan dalam pelaksanaan dasar PPSMI yang mengakibatkan penguasaan Bahasa Malaysia menjunan jatuh dan penguasaan Bahasa Inggeris tidak meningkat seperti yang diharapkan. Selain itu pengenalan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Menengah (KSSR/KSSM) yang telah beroperasi tahun lalu akan mengukuhkan lagi penguasaan kedua-dua bahasa penting tersebut. Penukaran semula pengajaran sains dan matematik ke bahasa melayu dalam KSSR/KSSM dapat membuka peluang luas kepada pelajar-pelajar dari pedalaman untuk menguasai matapelajaran tersebut. Disamping itu, pemantapan semula bahasa inggeris dalam KSSR/KSSM ini akan dapat menganti kekosongan yang ditinggalkan dalam mata pelajaran sains dan matematik yang mengunapakai bahasa Inggeris sebelum ini.

Diharap semua pihak berganding bahu melaksanakan dasar-dasar yang telah dibuat oleh kementerian pelajaran daripada berbahas dan berpolitik isu-isu yang menjadi kepentingan

Memperkasakan Pendidikan Islam


Hari ini dalam laporan berita, Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan kurikulum baru Pendidikan Islam dengan menerapkan Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) dalam subjek tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas dengan Bahagian Pendidikan Islam bagi memantapkan lagi mata pelajaran berkenaan. (Utusan Online)


Kurikulum baru Pendidikan Islam yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran ini amat perlu pada masa sekarang memandangkan pendidikan islam yang diajar disekolah-sekolah belum cukup mantap dan berkesan dalam membentuk sahsiah diri serta keperibadian diri para pelajar dalam mendalami agama islam yang sebenarnya.

Untuk memantapkan lagi pendidikan islam di sekolah-sekolah, ada lebih baiknya kurikulum tersebut perlulah diselaraskan dengan situasi pelajar pada masa sekarang. Kalau dilihat pelajar-pelajar pada masa sekarang, sahsiah dan keperibadian diri pelajar tidak mencerminkan apa yang dituntut dalam kurikulum pendidikan islam. Kita lihat sahaja gejala-gejala sosial yang melanda para pelajar-pelajar kita disekolah dan diluar sekolah. Pelajar-pelajar ini semuanya tahu dan faham apa yang diajar dalam islam tetapi hendak melaksanakan jati diri islam yang sebenar tidak ada dalam diri pelajar-pelajar. Ada pelajar-pelajar yang keputusan peperiksaan mereka sangat baik dalam pendidikan islam tetapi kelakuan dan perangai tidaklah mengikut markah yang diperoleh dalam peperiksaan. Oleh itu dimana silapnya perkara ini? Adakah ustaz&ustazah yang mengajar tidak cukup berkesan ataupun ia berpunca dari institusi kekeluargaan yang menjadi penyebabnya. Kita boleh menilai dan memikir dimana puncanya.

Oleh itu, Kementerian Pelajaran haruslah memantapkan kurikulum pendidikan islam dengan sebaik-baiknya supaya apabila kurikulum ini digunakan kelah, akan lahirlah pelajar yang mempunyai jati diri islam yang betul-betul melaksanakan syariat agama itu sendidri dari hanya pelajar itu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tetapi mempunyai keperibadian islam yang teruk sekali.

Apapun mindapendidik amat menyokong pemantapan kurikulum pendidikan islam yang bakal dilaksanakan kelak. Semoga kurikulum tersebut dapat menjadikan pelajar-pelajar kita lebih islamik dan maju kedepan tanpa meninggalkan syariat islam yang sebenar.

Monday, 27 August 2012

Murid Tahun Empat Diburu Kerana Curi Motosikal

APE NAK JADI NI?????

Di mana akidah anak - anak ini sehingga wujudnya pencemaran laku dengan mencuri motor dalam usia hanya 10 tahun?

Di rumah sudah tentulah peranan ibu bapa sebagai faktor utama dalam membentuk jati diri anak - anak ini. Namun guru juga tidak boleh lepas tangan dalam menyentuh peribadi murid dengan alasan selagi ianya tidak menggugat kecemerlangan dalam pelajaran. 

Di mana letaknya peranan seorang guru, yang juga sebagai ibu bapa kedua anak - anak ini dalam usaha membina sahsiah mereka????

Polis (kanan) bersama Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) berada di lokasi motosikal ditemui.
KULIM – Polis sedang memburu murid tahun empat dipercayai terlibat dalam kes kecurian motosikal seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di rumahnya di Taman Tungku Putra kira-kira jam 12.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, suspek dipercayai masuk ke dalam pagar rumah remaja lelaki itu untuk mengambil motosikal.
“Dia yang menyedari kejadian itu bagaimanapun gagal menahan suspek kerana sukar membuka pintu gerigi rumahnya.
“Setelah berjaya membuka pintu, dia cuba mengejar suspek bagaimanapun gagal berbuat demikian,” katanya.
Menurutnya, remaja lelaki terbabit kemudiannya berjumpa anggota trafik yang sedang menjalankan tugas rondaan dan meminta bantuan.
“Kira-kira jam 12.45 petang, kakitangan pos laju menemui motosikal curi itu disorok belakang pokok dalam taman permainan berhampiran sekolah agama.
“Daripada pemeriksaan nombor pendaftaran dibuat, polis mendapati motosikal itu dilaporkan hilang tengah malam, semalam.
“Suspek mungkin menunggang motosikal itu untuk pergi ke sekolah tetapi meletakkannya di taman permainan untuk mengelak daripada diketahui orang lain,” katanya.
Ghuzlan berkata, sehingga kini kes curi motosikal merupakan antara jenayah yang kerap berlaku di Kulim.
“Sebelum ini, polis menahan seorang pelajar berusia 16 tahun dari Kuala Ketil kerana mencuri motosikal di surau.
“Bagaimanapun polis berjaya menahan suspek di Taman Cengal ketika cuba melarikan motosikal itu ke Gurun untuk dijual,” katanya.

Bahasa Inggeris bukan ukuran? Setujukah anda?

Bahasa Kita : BAHASA INGGERIS BUKAN UKURAN TAHAP KEMAJUAN






Indeks Kefasihan Berbahasa Inggeris yang diusahakan oleh sebuah syarikat pendidikan antarabangsa dari 2007 sehingga 2009 membabitkan dua juta responden dewasa di 44 negara yang bahasa Inggeris tidak menjadi bahasa negara, mendapati Malaysia menduduki tempat kesembilan dengan skor kefasihan tinggi.

Norway menduduki tempat pertama dengan skor kefasihan amat tinggi. Korea Selatan dan Jepun mendapat skor kefasihan sederhana, manakala China dan Russia memperoleh skor kefasihan rendah. Indonesia dan Thailand pula mencatatkan skor kefasihan amat rendah. Indeks ini menunjukkan pengetahuan dan penguasaan bahasa Inggeris kita di Malaysia, tidaklah berada pada tahap yang begitu jelik sehinggakan kita perlu, antaranya mengembalikan persekolahan aliran Inggeris, dalam usaha kita memperbaiki sistem pendidikan negara mulai 2013.

Persoalan kefasihan adalah subjektif

Sesungguhnya persoalan kefasihan berbahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia adalah subjektif. Ia berlandaskan pelbagai cara penilaian. Ada kelompok yang mendapati kefasihan kita kini adalah jauh daripada memuaskan. Ini diasaskan perbandingan kecekapan ketika bahasa Inggeris pernah menjadi bahasa pengantar utama.

Dalam hal ini, kita harus menyedari bahawa bahasa Inggeris kini hanya satu mata pelajaran. Oleh itu, kecekapan kita tidak setinggi tahapnya seperti dulu. Ia fenomena linguistik biasa akibat perubahan dasar pendidikan bahasa.

Namun begitu, penekanan mengenai pendidikannya adalah istimewa kerana ia bahasa global, yakni penting di seluruh dunia. Ini antaranya dilakukan melalui Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris.

Indeks ini boleh dikatakan agak tepat dengan petunjuknya. Hakikat bahawa tahap kefasihan kita yang didapati jauh lebih baik daripada yang diperlihatkan oleh masyarakat Korea Selatan, Jepun, China, Russia, Indonesia dan Thailand, boleh diterima dengan mudah sekali oleh umum, baik di dalam dan luar Malaysia.

Bagaimanapun, percubaan indeks ini untuk mengaitkan hubung kait di antara tahap kefasihan berbahasa Inggeris dengan pendapatan negara kasar yang terbabit, bukan saja tidak tepat. Malah ia boleh dianggap sebagai usaha untuk memperjuang agenda kekuasaan bahasa Inggeris untuk pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara itu.

Kesalahan ini dapat dilihat apabila pendapatan negara kasar Korea Selatan dan Jepun yang menduduki tempat 13 dan 14, dengan hanya tahap kefasihan sederhana, dibandingkan dengan yang dicatatkan oleh Malaysia yang mempunyai tahap kefasihan tinggi. Sehubungan ini, beberapa perbandingan lain ikut memperlihat hubung kait yang dicuba dilakukan itu salah. Adakah pendapatan negara kasar Poland, Portugal dan Perancis yang juga memperlihat tahap sederhana, lebih rendah daripada yang dicatatkan oleh Malaysia?

Sesungguhnya kemahiran bahasa Inggeris tidak boleh diambil kira, sama ada secara langsung mahupun sebaliknya, dalam hal ini. Sehubungan ini, banyak faktor lain yang lebih penting terbabit dalam penjanaan pendapatan negara kasar ini.

Pihak yang kemaruk dan taksub terhadap bahasa Inggeris ini akan selalu mencari pelbagai jalan bukan saja untuk memperkukuh bahasa Inggeris, tetapi kalau boleh untuk memartabatkannya semula di negara ini. Sehubungan ini, banyak usaha mereka ini didapati membelakangkan bahasa Melayu yang juga bahasa negara. Tindakan begini sudah tentu boleh disamakan dengan sikap tidak menghormati bahasa negara ini.

Antaranya adalah dengan mengadakan ruang khas dalam media misalnya untuk mempromosikan bahasa Inggeris, sama ada sebagai mata pelajaran penting mahupun bahasa global utama. Caranya sering kali boleh ditafsirkan sebagai gerakan halus untuk memperkecil peranan bahasa Melayu, khususnya sebagai alat kemajuan.

Bahasa Melayu lambang kedaulatan

Sehubungan ini, ke mana perginya semangat nasionalisme kita yang antaranya perlu selalu melindungi bahasa Melayu yang menjadi bahasa negara kita. Dalam konteks ini, bahasa Melayu bukan saja lambang kedaulatan kita, malah ia asas sejati kemerdekaan kita sebagai bangsa dan negara yang merdeka!

Untuk ini, bahasa Melayu perlu selalu dimanifestasikan dalam bentuk kuasa dan bukan saja lambang semata-mata. Dengan ini, kuasanya perlu direalisasikan dalam semua bidang dan sistem negara ini, baik politik, ekonomi ataupun sosial dan budaya.

Sumber : http : //www.bharian.com.my/

Tuesday, 21 August 2012

Perubahan status 28 Sekolah Agama Johor

Pendaftaran 28 buah Sekolah Agama Negeri Johor sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) tidak sesekali mengurangkan bidang kuasa kerajaan negeri dan Sultan Johor terhadap pengurusan sekolah berkenaan. 

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah kuasa mutlak baginda terhadap hal ehwal agama Islam Johor juga tidak akan terjejas atau berkurangan berikutan pendaftaran sekolah tersebut sebagai SABK. 


Sebarang keputusan (mengenai sekolah terbabit) hendaklah selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Negeri Johor dan disembah (kepada baginda) terlebih dahulu," titah baginda hari ini. 

Baginda bertitah demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman pendaftaran sekolah agama negeri sebagai SABK di Persada Johor, di sini. 

Turut hadir pada majlis adalah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman. 

Pada majlis itu, sebanyak 20 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan lapan buah Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) di Johor didaftarkan sebagai SABK. 

Sultan Johor selaku ketua agama Islam negeri bertitah sekiranya terdapat sebarang pelanggaran perjanjian yang ditandatangani hari ini, baginda tidak akan teragak-agak untuk membatalkannya. 
"Perjanjian hari ini tidak bermakna pengambilalihan kuasa kerajaan negeri tentang pentadbiran sekolah-sekolah agama oleh kerajaan pusat," titah baginda. 

Mengenai pelantikan guru besar dan guru di sekolah agama itu, baginda mahu keutamaan diberi kepada rakyat Johor, sebelum dibuka kepada calon luar sekiranya tiada calon dari negeri ini. 

Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya berkata perjanjian tersebut tidak akan menjejaskan kuasa Sultan Johor, Majlis Agama Islam Johor, Jabatan Agama Johor dan pihak berkepentingan yang lain. 

"Ini sudah ditetapkan dalam Perkara 17 memorandum persefahaman yang jelas menyatakan bahawa kuasa-kuasa pihak berkepentingan adalah kekal, malah masih mempunyai tanggungjawab terhadap sekolah-sekolah berkenaan," kata beliau. 

Katanya dengan kemasukan sekolah agama negeri Johor sebagai SABK, seramai 684 guru dan 116 petugas sokongan akan diberi peluang menjawat jawatan tetap dan berpencen di bawah Kementerian Pelajaran. 

Melalui perjanjian hari ini, katanya pelbagai kemudahan disediakan kepada guru termasuk latihan, gaji yang kompetitif, kenaikan pangkat, pencen dan pinjaman perumahan. 

Bagi murid-murid pula, Muhyiddin berkata selain mendapat pendidikan berkualiti, mereka juga akan mendapat kemudahan seperti bantuan perkapita, bantuan makan asrama, bantuan buku teks sebagaimana yang dinikmati sekolah arus perdana. 

"Dalam aspek pembangunan pula, SABK juga akan menerima bantuan untuk pembangunan fizikal bagi memastikan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif," katanya.

Thursday, 16 August 2012

CUTI UNTUK TRANSFORMASI MINDA

SELAMAT MULA BERCUTI... SELAMAT HARI RAYA...:)


     Jemaah Menteri bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 19 Ogos.
Perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet Rabu lepas, kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan, hari ini.


     "Dengan ini, semua pihak mempunyai tempoh masa mencukupi bagi merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya," katanya.


     Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah untuk memohon cuti berganti melalui pendaftar masing-masing untuk kelulusan.





     Bagi tujuan penyelarasan, kementerian itu mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan 16 Ogos diganti pada Sabtu, 8 Sept manakala cuti berganti 17 Ogos diganti pada Sabtu, 22 Sept.




     "Pihak sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya pada hari Sabtu berkenaan sebagai hari ganti persekolahan mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut," kata kenyataan itu.

     Dalam kesibukan menyambut perayaan hari raya ini, sebagai warga pendidikan (pelajar dan pengajar) usah terus melupakan tanggungjawab kita di dalam bidang masing - masing. Jadikanlah waktu cuti yang diberikan kerajaan sebagai platform untuk kita mewujudkan transformasi minda agar matlamat ke arah pencapaian kualiti dapat direalisasikan. 

     Namun bukan semua sekolah terlibat dengan cuti awal ini. Pandangan anda????

Tuesday, 14 August 2012

Inovasi semakin rancak dan aktif! Bagus!


     Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (InSTAR) sekali lagi menyerlahkan keupayaannya dengan memenangi dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa pada Pertandingan Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) sekolah Malaysia peringkat kebangsaan di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor baru baru ini.

     Pengetuanya, Lailatun Zalaliah berkata, kemenangan tersebut adalah kesinambungan daripada kejayaan yang diperoleh dalam pertandingan ciptaan dan inovasi peringkat antarabangsa di Thailand, Amerika Syarikat, Romania, Turki dan Taiwan.

     "Kejayaan yang dicapai sepanjang tahun 2012 dalam bidang ciptaan dan inovasi ini diharap menjadi satu etos dan watak kepada InSTAR serta dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.


Monday, 13 August 2012

Pengecualian PTPTN... Seronok bukan?


Salam,
     bertemu kita sekali lagi dengan isu kali ini, "Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman / Pembiayaan Bagi Ijazah Sarjana Muda Dengan kepujian Kelas Pertama".
     PTPTN telah membuat keputusan ini sebagai motivasi kepada pelajar - pelajar agar lebih memberikan komitmen dalam pelajaran dan bijak mengurus kewangan ke arah yang berfaedah.
     Namun, apa pendapat kalian bagi nasib mereka yang bukan tergolong dalam pelajar kelas pertama ini? Walhal pengecualian ini diumumkan setelah mereka tamat pengajian.
     Berilah sedikit pandangan agar dapat menjadi rangkaian motivasi pula kepada golongan yang terlibat. :)


Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman/Pembiayaan Bagi Ijazah Sarjana Muda  Dengan Kepujian Kelas Pertama
Kelayakan dan syarat-syarat permohonan
  • Terbuka kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS peringkat Ijazah Sarjana Muda yang mendapat keputusan Kepujian Kelas Pertama (bagi pelajar IPTS - terhad kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus yang mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • Pelajar-pelajar yang diluluskan pembiayaan (permohonan) sebelum 1 Julai 2005 masih layak untuk mendapat pengecualian bayaran balik dan tiada tarikh tutup permohonan bagi tajaan di atas.
  • Pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya bermula 1 Januari 2010 berdasarkan Kelulusan Senat dan memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak dipertimbangkan pemberian insentif penukaran pembiayaan pendidikan kepada biasiswa:
    • Mengikuti kursus secara sepenuh masa;
    • Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan PTPTN;
    • Pembiayaan pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
    • Pelajar hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen; dan
    • Kursus yang diikuti oleh pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Dokumen permohonon pengecualian bayaran balik
Pelajar yang berhasrat mendapatkan kemudahan ini perlu mengemukakan permohonan kepada PTPTN dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut:
  • Surat permohonan rasmi
     
  • Sesalinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan;
     
  • Sesalinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan;
     
  • Akuan Pelajar PTPTN-P-04/4-2007 Pin.3 yang telah lengkap diisi; dan
     
  • Sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

    Nota : Semua salinan dokumen dan surat pengesahan hendaklah disahkan  oleh pegawai kumpulan A di    Bahagian Akademik IPT berkenaan sahaja.

Thursday, 9 August 2012

Bahan Bantu Mengajar

     Bahan bantu mengajar merupakan alat yang digunakan oleh para guru dalam pengajaran 

mereka di dalam bilik darjah. Namun alat ini mestilah dapat diaplikasi sendiri oleh setiap 

murid bagi mencipta pemahaman terhadap pembelajaran mereka. 

     Jadi cikgu - cikgu, apa bahan menarik yang boleh diwujudkan dalam pengajaran di dalam 

kelas, terutamanya dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur juga dalam seni 

bahasa? Mari kongsi pendapat. :)
(yang bukan cikgu pun dialu-alukan untuk memberi pandangan)

     Sebelum tu, luangkan masa untuk menonton video ini;


Selamat berkongsi idea!

Mutiara Hati

"Tiada pelita di dunia ini yang dapat menerangi kehidupan di dunia dan di akhirat kecuali pelita hati yang disinari cahaya keimanan"