Jemaah Menteri bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 19 Ogos.
Perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet Rabu lepas, kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan, hari ini.
"Dengan ini, semua pihak mempunyai tempoh masa mencukupi bagi merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya," katanya.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah untuk memohon cuti berganti melalui pendaftar masing-masing untuk kelulusan.
Bagi tujuan penyelarasan, kementerian itu mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan 16 Ogos diganti pada Sabtu, 8 Sept manakala cuti berganti 17 Ogos diganti pada Sabtu, 22 Sept.
"Pihak sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya pada hari Sabtu berkenaan sebagai hari ganti persekolahan mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut," kata kenyataan itu.
Dalam kesibukan menyambut perayaan hari raya ini, sebagai warga pendidikan (pelajar dan pengajar) usah terus melupakan tanggungjawab kita di dalam bidang masing - masing. Jadikanlah waktu cuti yang diberikan kerajaan sebagai platform untuk kita mewujudkan transformasi minda agar matlamat ke arah pencapaian kualiti dapat direalisasikan.
Namun bukan semua sekolah terlibat dengan cuti awal ini. Pandangan anda????
majoriti sekolah kebangsaan menggunakan peluang yang telah diumumkan, manakala sjk telah melakukan langkah bijak untuk hanya mengambil satu hari cuti berganti.
ReplyDeletetransformasi minda yang wujud di sini, sebagai individu dalam bidang pendidikan, kita tidak seharusnya hanya akan mengikut ketetapan yang telah dibuat, tetapi itu merupakan ruangan alternatif, kerana kebebasan kita untuk melakukan perubahan akan memberikan kesan semula kepada pihak kita.
Selamat hari raya n selamat menyambung semula tugas pendidik negara....._fizzi
ReplyDeleteterima kasih atas galakan anda.
ReplyDelete