Monday 13 August 2012

Pengecualian PTPTN... Seronok bukan?


Salam,
     bertemu kita sekali lagi dengan isu kali ini, "Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman / Pembiayaan Bagi Ijazah Sarjana Muda Dengan kepujian Kelas Pertama".
     PTPTN telah membuat keputusan ini sebagai motivasi kepada pelajar - pelajar agar lebih memberikan komitmen dalam pelajaran dan bijak mengurus kewangan ke arah yang berfaedah.
     Namun, apa pendapat kalian bagi nasib mereka yang bukan tergolong dalam pelajar kelas pertama ini? Walhal pengecualian ini diumumkan setelah mereka tamat pengajian.
     Berilah sedikit pandangan agar dapat menjadi rangkaian motivasi pula kepada golongan yang terlibat. :)


Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman/Pembiayaan Bagi Ijazah Sarjana Muda  Dengan Kepujian Kelas Pertama
Kelayakan dan syarat-syarat permohonan
  • Terbuka kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS peringkat Ijazah Sarjana Muda yang mendapat keputusan Kepujian Kelas Pertama (bagi pelajar IPTS - terhad kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus yang mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • Pelajar-pelajar yang diluluskan pembiayaan (permohonan) sebelum 1 Julai 2005 masih layak untuk mendapat pengecualian bayaran balik dan tiada tarikh tutup permohonan bagi tajaan di atas.
  • Pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya bermula 1 Januari 2010 berdasarkan Kelulusan Senat dan memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak dipertimbangkan pemberian insentif penukaran pembiayaan pendidikan kepada biasiswa:
    • Mengikuti kursus secara sepenuh masa;
    • Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan PTPTN;
    • Pembiayaan pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
    • Pelajar hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen; dan
    • Kursus yang diikuti oleh pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Dokumen permohonon pengecualian bayaran balik
Pelajar yang berhasrat mendapatkan kemudahan ini perlu mengemukakan permohonan kepada PTPTN dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut:
  • Surat permohonan rasmi
     
  • Sesalinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan;
     
  • Sesalinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan;
     
  • Akuan Pelajar PTPTN-P-04/4-2007 Pin.3 yang telah lengkap diisi; dan
     
  • Sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

    Nota : Semua salinan dokumen dan surat pengesahan hendaklah disahkan  oleh pegawai kumpulan A di    Bahagian Akademik IPT berkenaan sahaja.

9 comments:

  1. Tahniah buat mereka yang terlibat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh merangsang semangat adik2 kite yang tgh belajar

      Delete
  2. yang tak terlibat jgn lupe langsaikan hutang kiter....

    ReplyDelete
  3. betul tu :)

    sekurang-kurangnya langkah ini dapat merangsang para pelajar kita untuk lebih fokus dan komited dalam mencapai keputusan pelajaran yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. usaha tangga kejayaan...terima kasih kerajaan atas ptptn

    ReplyDelete
  5. kerajaan akan sentiasa menyokong apa jua perjalanan pendidikan negara sejajar dengan salah satu objektifnya pendidikan sepanjang hayat.

    ReplyDelete
  6. kalau potongan diberi 50%@70% utk 2nd class upper kan bgs jgk....

    ReplyDelete
  7. Kesian juga pada yg kurang bernasib baik....papepun pinjamn ttap pinjaman dan perlu d bayar walaupun sedikit, ttpi jika hendak terkecuali, silalah bljr bersungguh sungguh....._fizzi

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas nasihat saudara fizzi.
    moga anak malaysia kini ikhlas dalam menimba ilmu seikhlas naluri warga pendidik dalam mencurah ilmu terhadap anak malaysia.

    ReplyDelete

Mutiara Hati

"Tiada pelita di dunia ini yang dapat menerangi kehidupan di dunia dan di akhirat kecuali pelita hati yang disinari cahaya keimanan"