Monday, 27 August 2012

Murid Tahun Empat Diburu Kerana Curi Motosikal

APE NAK JADI NI?????

Di mana akidah anak - anak ini sehingga wujudnya pencemaran laku dengan mencuri motor dalam usia hanya 10 tahun?

Di rumah sudah tentulah peranan ibu bapa sebagai faktor utama dalam membentuk jati diri anak - anak ini. Namun guru juga tidak boleh lepas tangan dalam menyentuh peribadi murid dengan alasan selagi ianya tidak menggugat kecemerlangan dalam pelajaran. 

Di mana letaknya peranan seorang guru, yang juga sebagai ibu bapa kedua anak - anak ini dalam usaha membina sahsiah mereka????

Polis (kanan) bersama Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) berada di lokasi motosikal ditemui.
KULIM – Polis sedang memburu murid tahun empat dipercayai terlibat dalam kes kecurian motosikal seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di rumahnya di Taman Tungku Putra kira-kira jam 12.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, suspek dipercayai masuk ke dalam pagar rumah remaja lelaki itu untuk mengambil motosikal.
“Dia yang menyedari kejadian itu bagaimanapun gagal menahan suspek kerana sukar membuka pintu gerigi rumahnya.
“Setelah berjaya membuka pintu, dia cuba mengejar suspek bagaimanapun gagal berbuat demikian,” katanya.
Menurutnya, remaja lelaki terbabit kemudiannya berjumpa anggota trafik yang sedang menjalankan tugas rondaan dan meminta bantuan.
“Kira-kira jam 12.45 petang, kakitangan pos laju menemui motosikal curi itu disorok belakang pokok dalam taman permainan berhampiran sekolah agama.
“Daripada pemeriksaan nombor pendaftaran dibuat, polis mendapati motosikal itu dilaporkan hilang tengah malam, semalam.
“Suspek mungkin menunggang motosikal itu untuk pergi ke sekolah tetapi meletakkannya di taman permainan untuk mengelak daripada diketahui orang lain,” katanya.
Ghuzlan berkata, sehingga kini kes curi motosikal merupakan antara jenayah yang kerap berlaku di Kulim.
“Sebelum ini, polis menahan seorang pelajar berusia 16 tahun dari Kuala Ketil kerana mencuri motosikal di surau.
“Bagaimanapun polis berjaya menahan suspek di Taman Cengal ketika cuba melarikan motosikal itu ke Gurun untuk dijual,” katanya.

2 comments:

  1. memang besar tanggungjawab guru masa kini..bukan sahaja mengajar di kelas tetapi bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah pelajar....Adirahana masri

    ReplyDelete
  2. amalan hidup sebagai guru perlu sentiasa positif yang berperanan mengubah tingkahlaku murid.

    ReplyDelete

Mutiara Hati

"Tiada pelita di dunia ini yang dapat menerangi kehidupan di dunia dan di akhirat kecuali pelita hati yang disinari cahaya keimanan"